Saturday, October 2, 2010

JAMINAN PERKONGSIAN

Jenis Arowana yang dibiakkan adalah dari spesies yang terpilih serta mempunyai permintaan yang paling tinggi iaitu Merah (Super Red), Emas (Malaysia Gold) & baka terbaru “Golden Head”.
Gabungan yang ideal bagi Arowana adalah 1 induk jantan dengan 1 induk betina (Normal Breeding). Namun demikian, terdapat juga kaedah gabungan 1 induk jantan dengan 2 induk betina. Kapasiti bagi setiap lot kolam adalah 18 ekor induk dengan nisbah 8 induk jantan dan 10 induk betina.
Induk betina mampu menghasilkan di antara 25-60 ekor anak pada satu masa. Induk jantan akan mengeram telur di dalam mulutnya selama 55-60 hari. (Yolk ikan bersaiz 3 inci berusia 3 minggu akan diambil untuk dieram secara berasingan didalamInkubatoruntuk menjamin pembesaran ke saiz jualan yang ditetapkan.  +- 5 inci dalam tempoh tambahan 25-38 hari )
Anak berusia 5 minggu dijual pada harga RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) bagi Arowana merah, manakala Arowana Emas pula pada harga RM1,100.00 (Ringgit Malaysia  Satu Ribu Satu Ratus Sahaja) setiap ekor mengikut harga ladang (Ex-Farm Price). 
 

No comments:

Post a Comment