Saturday, October 2, 2010

PENGENALAN

Penubuhan Ansuria Aquatic Resources Sdn. Bhd. (883639-V) pada 24 Disember 2009 pada dasarnya memberi tumpuan kepada kerja-kerja yang berteraskan projek-projek yang mempunyai kaitan rapat dengan penggunaan teknologi terbaru serta paling berinovasi pada masa kini dalam apa sahaja bidang yang mempunyai potensi untuk dimajukan serta dinaiktaraf ke peringkat yang lebih tinggi.

Kini pihak syarikat boleh berbangga kerana hasil usaha tersebut terbukti mampu menjana pulangan yang lumayan melalui pembiak bakaan ikan kelisa berkualiti tinggi dan bertaraf komersil serta mempunyai potensi cerah untuk menembusi pasaran luar negara.
                                                                                          
Konsep pembiakan, fasa penjagaan serta teknologi yang digunakan dalam penghasilan induk serta anak-anak ikan yang menepati kualiti eksport yang dikehendaki banyak diperolehi daripada penyertaan dalam pelbagai kursus yang dianjurkan oleh jabatan kerajaan serta pihak swasta dari semasa ke semasa.

Namun demikian, ilmu yang paling berharga adalah perkongsian pengalaman yang diperolehi secara langsung dari mereka yang telah berjaya dalam projek sedemikian terutamanya melalui lawatan ke tapak kolam, pusat penghasilan baka induk serta pemerhatian secara dekat dengan pelbagai spesis ikan hiasan bagi mengenalpasti dan memahami tabiat semulajadinya yang mungkin tidak pernah diketahui selama ini.

Sepanjang tempoh projek ini berjalan, pihak kami  amat berbangga dan berbesar hati kerana seringkali mendapat pujian serta pengiktirafan banyak pihak memandangkan kualiti ikan yang diperolehi di sini sememangnya diakui antara yang terbaik dalam kelasnya yang tersendiri. Secara tidak langsung, pihak syarikat mampu membantu mengangkat nama Malaysia di mata dunia sebagai salah sebuah negara pengeluar ikan kelisa bertaraf dunia suatu ketika nanti.

No comments:

Post a Comment